Close

TikTok bakal perkenalkan butang “Dislike” pada ruangan komen

TikTok kini sedia memperkenalkan satu lagi fungsi baharu pada aplikasi mereka. Fungsi yang dimaksudkan adalah fungsi dislike yang mana ciri ini akan tersedia di bahagian komen.


Dengan fungsi baharu ini, pengguna kini boleh menunjukkan ketidaksetujuan mereka terhadap komen yang dilontarkan oleh pengguna lebih-lebih lagi yang berbaur kebencian, spam, troll dan lain-lain.

Menariknya, apabila pengguna menekan butang dislike pada komen, butang tersebut tidak didedahkan dan pengulas tidak akan diberitahu mengenai komennya tidak disukai. Selain itu, pengguna dan pengulas tidak akan dapat melihat jumlah dislike pada komen.

Butang dislike ini tidak merangkumi kepada laporan pengguna, sebaliknya perlu menggunakan proses standard untuk melaporkan sebarang permasalahan seperti buli siber dan sebagainya.

TikTok mengatakan, keutamaan fungsi baharu ini adalah untuk memberikan pengalaman yang lebih baik untuk pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN