Close

Twitter dilaporkan mula menguji ciri “Edit Tweet” – Khas untuk pengguna berbayar

Ciri yang ditunggu-tunggu selama ini oleh pengguna Twitter akhirnya bakal tiba tidak lama lagi. Ciri yang dimaksudkan adalah ciri “Edit Tweet” yang membolehkan pengguna untuk edit atau sunting pada Tweet yang dibuat.


Ciri ini mempunyai tempoh masa iaitu 30 minit untuk di edit selepas Tweet dibuat dan akan memaparkan ikon yang menunjukkan Tweet tersebut telah di edit. 

Selain itu, dengan menekan pada ikon tersebut pengguna boleh melihat Tweet sebelum ianya di edit.

Menurut Twitter, ciri tersebut telahpun diuji secara dalaman dan dijangka akan mula tersedia untuk pengguna Twitter Blue pada penghujung bulan ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN