Close

U Mobile dan Maxis dilaporkan tidak berminat sertai DNB untuk 5G

Menjelang perlaksanaan rangkaian 5G di Malaysia yang diterajui oleh Digital Nasional Berhad (DNB).

Dua syarikat telekomunikasi utama iaitu U Mobile dan Maxis dikatakan tidak berminat untuk mendapatkan pegangan dalam DNB.

Menurut The Edge, salah satu syarikat tersebut dilaporkan telah mengubah keputusan di saat akhir untuk tidak mendapatkan pegangan pada DNB, manakala satu syarikat lagi tidak memberikan maklum balas mengenai perkara tersebut.


Dengan keputusan ini, memperlihatkan hanya 4 dari 6 syarikat telekomunikasi akan meneruskan perancangan unttuk mendapatkan pegangan dalam DNB.

Sebab utama mengapa U Mobile dan Maxis tidak mahu mendapatkan pegangan dalam DNB adalah kerana merasakan pegangan minoriti tidak memberikan mereka sebarang kelebihan.


Namun begitu, kedua-dua syarikat telekomunikasi tersebut dikatakan masih berminat untuk mendapatkan rangkaian 5G yang akan disediakan oleh DNB.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN