Close

Vivo menjadualkan acara pelancaran Vivo V25 Pro 5G pada 20 September ini

Vivo Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran peranti baharu mereka iaitu Vivo V25 Pro 5G pada 20 September ini.


Melalui dari penyenaraian di laman web rasmi Vivo Malaysia, Vivo V25 Pro 5G akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.56-inci FHD+ AMOLED bersama paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 1300 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Bateri 4830mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 66W FlashCharge. Melengkapkannya, ia hadir dengan sistem tri-kamera dengan sensor utama 64MP + 8MP + 2MP, manakala untuk kaamera swafoto ia hadir dengan sensor 32MP.

Penyenaraian tersebut turut berkongsi beberapa maklumat lain seperti sesi pra-tempahan dan juga tarikh pelancarannya. Pelancaran peranti akan berlangsung pada 20 September ini dan pra-tempahan akan bermula pada 20 September sehingga 23 September. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah bernilai RM702.

ARTIKEL BERKAITAN