Close

Vivo menjadualkan acara pelancaran Vivo X Fold+ pada 26 September ini

Vivo X Fold merupakan peranti boleh-lipat yang pertama dari Vivo dan telahpun dilancarkan pada April yang lalu. Vivo kini sedia menawarkan model kemas kini iaitu Vivo X Fold+ yang dijadualkan akan dilancarkan pada 26 September ini.


Berikutan dari itu, Vivo telah berkongsi imej awal yang mendedahkan reka bentuk Vivo X Fold+. Secara keseluruhan, ia masih mengekalkan reka bentuk yang sama seperti model sebelumnya. Tetapi, hadir dengan pilihan warna baharu iaitu Huaxia Red.

Biarpun hadir dengan reka bentuk yang sama, namun Vivo menjanjikan yang Vivo X Fold+ hadir dengan peningkatan perkakasan dan ketahanan yang lebih baik dari model sebelumnya. Peranti ini juga masih lagi menggunakan penjenamaan Zeiss pada kamera untuk kualiti kamera yang lebih baik.

Vivo X Fold+ dijangka akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, bateri 4730mAh, paparan 120Hz dan menyokong pengecasan pantas 80W dan 50W tanpa wayar.  Selain itu, ia turut dijangka hadir dengan konfigurasi RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.


Buat masa ini, tidak banyak butiran yang dikongsi mengenai Vivo X Fold+. Kami menjangkakan, akan lebih banyak butiran akan dikongsi menjelang hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN