Close

Vivo TWS Air turut ditawarkan di Malaysia dengan harga RM179

Pada acara pelancaran V25 Pro 5G, Vivo turut mengumumkan TWS baharu mereka iaitu Vivo TWS Air. Melaluinya, ia hadir dengan reka bentuk yang lebih baik bersama sejumlah peningkatan spesifikasi.

TWS ini hadir dengan pemacu audio 14.2mm yang digabungkan dengan dua mikrofon. Ditala dengan Vivo Golden Ear Acoustic Lab dan turut menyokong AI Active Noise -Cancelation.

Selain itu, ia juga hadir dengan teknologi DeepX 2.0 untuk sokongan audio stereo. Dari segi ketahanan bateri, peranti ini dimuatkan dengan bateri sebesar 402mAh yang mampu bertahan sehingga 25 jam bersama pod pengecasan dan untuk mendengar muzik mampu bertahan selama 4.5 jam dengan sekali pengecasan.

Untuk pasaran Malaysia, Vivo TWS Air ini dijual pada tanda harga RM179, ditawarkan dalam dua pilihan waran iaitu Bubble White dan Pebble Blue.

ARTIKEL BERKAITAN