Close

Vivo V25 Pro 5G kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM2,499


Vivo secara rasminya melancarkan satu lagi siri V25 iaitu V25 Pro 5G untuk pasaran tempatan. Melaluinya, ia hadir dengan spesifikasi yang terkini bersama reka bentuk yang lebih baik.



Vivo V25 Pro 5G dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.56-inci FHD+ AMOLED jenis melengkung bersama paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 1300 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Turut menyokong fungsi Extended RAM dengan tambahan sehingga 8GB.


Bateri 4830mAh dimuatkan dengan pengecasan pantas 66W FlashCharge yang mampu mengecas dari 0% ke 40% hanya dalam 15 minit. Selain itu, ia juga mempunyai ciri pelindungan secara terbina yang di panggil sebagai Smart Charging Engine.



Melengkapkannya, ia hadir dengan sistem tri-kamera dengan sensor utama 64MP + 8MP + 2MP. Manakala untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor 32MP. Bersamanya ia hadir dengan pelbagai mod kamera seperti potret bokeh flare, AI supert night potrait, super night video, dan sebagainya.


Peranti ini turut hadir dengan ciri unik yang membolehkan panel belakang bertukar warna jika terdedah kepada cahaya ultra-ungu. Yang mana panel belakang peranti ini menggunakan binaan kaca Fluorite AG dengan kemasan jenis matte.

Di Malaysia, Vivo V20 Pro 5G ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Starlight Black dan Surfing Blue. Di jual pada tanda harga bermula RM2,499 dan hanya tersedia dalam satu varian sahaja 12GB+256GB. Bagi yang berminat, pra-tempahan bermula dari 20 – 26 September dengan setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM697 dan cash back bernilai RM100.

ARTIKEL BERKAITAN