Close

WhatsApp dilaporkan sedang menguji ciri “Edit” pada mesej yang telah dihantar


WhatsApp ketika ini sedia memperkenalkan pelbagai fungsi pada aplikasi mereka. Jadi tidak hairan ketika ini pelbagai fungsi sedang diuji oleh syarikat tersebut sebelum ia dilancarkan kepada pengguna.



Terkini, WhatsApp dilaporkan sedang menguji ciri baharu yang membolehkan mesej yang telah dihantar boleh di edit. Ciri tersebut dikatakan telah dikesan pada kemaskini WhatsApp 2.22.20.12 Beta.


Walaubagaimanapun, tiada butiran terperinci bagaimana ciri ini akan digunakan. Adakah penerima akan diberikan notifikasi baharu apabila mesej yang dihantar telah di edit atau ia akan memaparkan Edited pada mesej tersebut, masih lagi tidak diketahui.

Buat masa ini, ciri ini masih lagi diperingkat ujian dan tiada sebarang maklumat bila ia akan tersedia pada Android dan juga iOS.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN