Close

WhatsApp dilaporkan sedang menguji ciri “Voice Note” pada status


WhatsApp ketika ini sedia memperkenalkan pelbagai fungsi pada aplikasi mereka. Jadi tidak hairan ketika ini pelbagai fungsi sedang diuji oleh syarikat tersebut sebelum ia dilancarkan kepada pengguna.



Terkini WhatsApp dilaporkan sedang menguji ciri baharu iaitu voice note pada status. Melalui ciri ini, ia membenarkan pengguna merakam suara (voice note) dan menghantarnya pada status. Ciri tersebut dikatakan telah dikesan pada kemaskini WhatsApp 2.22.16.3 Beta.


Ciri ini turut membolehkan pengguna untuk memilih warna latar belakang untuk digunakan pada status voice note dan akan memaparkan gelembung mesej apabila status dimuat naik.



Selain itu, status voice note akan dimainkan secara automatik apabila pengguna menekan status tersebut. Ciri ini turut hadir dengan fungsi keselamatan end-to-end encryption dan hanya menyokong status selama 30 saat sahaja.


 

Buat masa ini, ciri ini masih lagi berada diperingkat ujian dan tiada sebarang maklumat bila ia akan tersedia buat pengguna Android dan juga iOS.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN