Close

Xiaomi Mi TV A2 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula dari RM999

Xiaomi menerusi acara Smart Home Living telah membawakan sejumlah peranti pintar baharu termasuklah generasi baharu Mi TV iaitu Mi TV A2.

Menerusinya, Xiaomi akan menawarkan Mi TV A2 dalam tiga saiz untuk pasaran tempatan iaitu 32″, 43″ dan juga 58″.


Untuk Mi TV A2 58″, ia dikuasakan dengan cip empat teras Cortex A55 dengan GPU Mali G52 MP2. Dipadankan dengan RAM sehingga 2GB dan storan dalaman sehingga 16GB. Dari segi paparan, ia menyokong resolusi sehingga 4K bersama paparan 60Hz. Selain itu, ia juga menyokong kandungan HDR10, HLG dan Dolby Vision.

Manakala untuk Mi TV A2 32″ dan 43″, ia dikuasakan dengan cip yang sama iaitu Cortex A55 namun dengan GPU yang berbeza iaitu GPU MAli G31 MP2. Dipadankan dengan 1.5GB RAM dan storan dalaman 8GB. 

Dari segi paparan, Mi TV A2 43″ hadir dengan resolusi FHD manakala Mi TV A2 32″ pula hanya menyokong resolusi HD. Selain itu, kedua-dua model turut menyokong paparan 60Hz.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pembesar suara 12W, bingkai logam unibody, Dolby Audio, DTS-X, Sistem operasi Android 10 dan lain-lain. 

Di Malaysia, Mi TV A2 ditawarkan dengan harga bermula RM999 untuk 32″, RM 1,299 untuk 43″ dan RM2,799 untuk 58″.


Bagi yang berminat, sempena hari pelancaran pada 9 September ini, Mi TV A2 akan ditawarkan dengan harga promosi iaitu RM799 untuk 32″ dan RM1,099 untuk 43″. Manakala untuk pembelian Mi TV A2 58″ akan menerima Mi Desktop Monitor 1C 23.8 secara percuma.

ARTIKEL BERKAITAN