Close

Yes 5G kini ditawarkan di Pulau Pinang

Yes terus melebarkan sayapnya dengan melancarkan perkhidmatan rangkaian 5G di Pulau Pinang. Melalui penawaran itu, pengguna di Pulau Pinang kini boleh menikmati kelajuan rangkaian melalui Yes 5G.

Dengan pengenalan tersebut juga, ia dijangka akan merancakkan lagi sektor perindustrian dan juga pelaburan di Pulau Pinang.

 

Walaupun begitu, Yes 5G buat masa ini hanya tersedia di beberapa lokasi sahaja iaitu di Penang Creative Digital District dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Sehingga kini, Yes merupakan satu-satunya syarikat telekomunikasi yang menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G di Malaysia melalui pelan bermula RM58 sebulan.

ARTIKEL BERKAITAN