Close

YouTube bakal memaparkan 5 iklan sebelum video boleh dimainkan

Umum sedia maklum, yang mana setiap kandungan di YouTube versi percuma mempunyai iklan. Bermula dengan satu iklan kemudian meningkat menjadi dua iklan, kebiasaannya iklan kedua boleh dilangkau (Skip).

Terkini, menurut dari beberapa laporan, YouTube dilaporkan sedang menguji untuk memaparkan lima iklan secara berturutan, dan ianya tidak boleh dilangkau.

Beberapa pengguna di Reddit dan Twitter telah berkongsi beberapa imej yang memperlihatkan YouTube meletakkan lima iklan secara berturutan.

Menurut YouTube, perkara tersebut bergantung kepada jenis format iklan, format yang dipanggil sebagai bumper ads akan memaparkan lima iklan secara berturutan dengan setiap iklan dimainkan selama 6 saat dengan jumlah masa yang sama seperti dua iklan dengan 30 saat.

ARTIKEL BERKAITAN