Close

AirPods Pro 2 kini juga boleh mula dibeli di Malaysia dengan harga RM1,099

Selepas iPhone 14 Plus dan Apple Watch Ultra boleh mula dibeli di Malaysia. Kini Apple AirPods Pro 2 juga boleh mula dibeli di Malaysia. Biarpun tidak membawakan perubahan reka bentuk yang ketara. Namun, ia masih membawakan beberapa perubahan dari segi spesifikasinya dan kemampuannya.



AirPods Pro 2 dikuasakan dengan cip Apple H2 yang menawarkan pembatalan hingar 2 kali ganda lebih baik serta peningkatan dari segi kualiti audio yang lebih meluas. Selain itu, AirPods Pro 2 kini menyokong pad sesentuh pada tangkainya yang boleh mengawal aras suara. 



Untuk jangka hayat bateri, AirPods Pro 2 mampu bertahan sehingga 6 jam dengan mod ANC di aktifkan untuk sekali pengecasan dan mencapai sehingga 30 jam dengan pod pengecasan. 



Menariknya, bekas pengecasan AirPods Pro 2 kini mempunyai lubang untuk dipasang bersama lanyard dan turut mempunyai penarafan IP4X. Untuk pengecasan, ia menggunakan port Lightning dan juga poengecasan tanpa wayar MagSafe.

Bagi yang berminat, AirPods Pro 2 kini boleh mula dijual di Malaysia dengan harga RM1,099

ARTIKEL BERKAITAN