Close

“Altel Prepaid” akan ditamatkan berkuat-kuasa 31 Disember 2022

Altel hari ini mengeluarkan notis pemberitahuan mengenai penamatan perkhidmatan prabayar mereka yang akan berkuat-kuasa pada 31 Disember 2022.

Notis tersebut juga meminta pengguna untuk beralih ke syarikat telekomunikasi yang lain atau secara automatik akan dipindahkan kepada perkhidmatan Celcom bermula 4 Oktober 2022 jika mahu mengekalkan nombor.

Bayaran balik kredit yang berbaki hanya akan dibuat kepada pengguna yang menamatkan perkhidmatan atau memilih untuk dipindahkan kepada perkhidmatan Celcom.

Selain itu, proses menukar rangkaian kepada perkhidmatan telekomunikasi lain perlu dibuat sebelum 15 November. Pelanggan yang menukar rangkaian tidak layak untuk mendapatkan bayaran balik baki kredit.

Manakala bagi pelanggan yang tidak membuat sebarang pilihan, secara automatik akan dipindahkan kepada perkhidmatan Celcom bermula 1 Disember 2022 dan tidak layak untuk mendapatkan bayara balik baki kredit.

Sebab utama Altel menamatkan perkhidmatan prabayar mereka adalah kerana penstukturan semula aktiviti perniagaan di bawah kumpulan syarikat Altel.

ARTIKEL BERKAITAN