Close

Amazfit GTR 4 dan GTS 4 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM799


Amazfit kini sedia menawarkan jam tangan pintar baharu mereka iaitu GTR 4 dan GTS 4 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua membawakan ciri yang sama namun tampil dengan reka bentuk, skrin dan kapasiti bateri yang berbeza.



Untuk GTR 4, ia hadir dengan skrin 1.43-inci AMOLED jenis bulat dengan dua butang navigasi fizikal di sebelah kanan. Sementera, GTS 4 hadir dengan skrin 1.75-inci AMOLED jenis petak dan hanya mempunyai satu butang navigasi fizikal sahaja.



Untuk jangka hayat bateri, GTR 4 mempunyai bateri sebesar 475mAh yang mampu bertahan sehingga 14 hari untuk pengguna biasa dan 50 hari dalam mod jam. Sementara, GTS 4 pula mempunyai bateri 300mAh yang mampu bertahan sehingga 8 hari untuk penggunaan biasa dan 30 hari dalam mod jam.


Seperti jam tangan pintar yang lain, Amazfit GTR 4 dan GTS 4 turut menyokong penjejak kesihatan seperti pengesanan kadar denyutan jantung, tahap oksigen, pemantauan tidur dan lain-lain. Dari segi kecergasan, ia mempunyai lebih dari 150 mod sukan dan mampu mengesan lapan jenis senaman secara automatik.




Ciri lain yang turut hadir adalah seperti Bluetooh 5.0, Bluetooth Calling, GPS, WiFi 2.4Ghz, penarafan 5 ATM, fall detection dan sebagainya. Selain itu, ia juga menyokong lebih dari 150 muka jam pada GTS 4 dan 200 muka jam pada GTR 4.


Untuk harga jualan, Amazfit GTR 4 dan Amazffit GTS 4 dijual pada tanda harga RM829. Sempena pelancarannya, ia akan dijual pada tanda harga RM799. Selain itu, pembeli terawal juga akan menerima baucar Starbucks bernilai RM30.

ARTIKEL BERKAITAN