Close

Apple akan mula meletakkan lebih banyak iklan pada App Store bermula minggu ini

Apple tidak lama lagi akan mula meletakkan lebih banyak iklan pada App Store melalui penambahan dua tab baharu iaitu ‘tab today’ dan ‘You Might Also Like’.

Melalui tab today, ia hanya akan memaparkan kandungan iklan yang dipilih sendiri oleh editorial App Store, bukan iklan berbayar. Sementara, pada tab You Might Also Like pula, pembangun boleh mempromosi aplikasi mereka pada halaman aplikasi lain.

Pengenalan tab You Might Also Like ini dikatakan salah satu cara untuk Apple meningkatkan kadar cukai aplikasi, dengan memaksa pembangun untuk membeli ruang iklan dihalaman aplikasi mereka sendiri untuk mengelakkan pembangun lain membeli ruangan tersebut.

Sebelum ini, Apple hanya mengehadkan iklan pada hasil carian melalui kata kunci di bahagian ‘suggestion’ pada tab carian. Dengan pengenalan dua lagi tab baharu, ia menjadikan Apple kini mempunyai empat pilihan pengiklanan secara keseluruhan.

Pengguna dijangka akan mula melihat dua jenis pengiklanan baharu di App Store bermula minggu ini.

Apple sebelum ini telahpun mengumumkan rancangan mereka utnuk mengembangkan tawaran iklan pada App Store pada bulan lalu. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN