Close

Apple didenda RM89 juta di Brazil kerana menjual iPhone tanpa pengecas

Apple sekali lagi didenda di Brazil kerana menjual iPhone tanpa pengecas di dalam kotak. Sebagai rekod, ini merupakan kali kedua Apple didenda atas sebab yang sama. Namun, dalam jumlah yang berbeza.

Kegagalan tersebut menyaksikan Apple telah diarahkan untuk membayar ganti rugi sosial bernilai RM89 juta oleh Mahkamah Pertubuhan Pengguna Brazil. Bukan itu sahaja, Apple turut diarahkan untuk memberikan pengecas pada produk yang akan dijual pada masa hadapan.

Apple mula tidak menyertakan kepala pengecasan di dalam kotak pada tahun 2020 iaitu pada siri iPhone 12. Sebab utama Apple tidak lagi menyertakan pengecasan di dalam kotak adalah untuk menyelamatkan alam sekitar.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN