Close

Apple dilaporkan sedang menguji antara muka baharu pada iCloud

iCloud tidak lama lagi akan menerima perubahan yang ketara dari segi antara muka, lebih baik dan juga lebih menarik berbanding versi terdahulu yang kelihatan sangat asas dengan hanya memaparkan ikon sahaja.

Terkini, Apple dilaporkan sedang menguji antara muka baharu pada iCloud, yang mana ia kini juga tersedia dalam versi beta melalui beta.icloud.com.

Antara muka baharu iCloud ini tampil dengan rekaan yang lebih kemas, minimal dan lebih mudah untuk di akses. Rekaan baharu ini juga kelihatan seperti widget dan boleh di ubahsuai mengikut kehendak pengguna.

Selain itu, pengguna juga boleh mengakses iCloud+, sekaligus memudahkan untuk menyemak baki storan dan melihat fungsi lain seperti family sharing, Hide My Email dan sebagainya. 

Buat masa ini, Apple belum lagi mengeluarkan sebarang tarikh mengenai ketersediaan iCloud baharu. Memandangkan ia kini berada dalam fasa beta, ia mungkin akan tersedia dalam beberapa bulan sahaja lagi. Bagi yang ingin mencuba iCloud dengan antara muka baharu, anda boleh pergi ke beta.icloud.com

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN