Close

Apple iPad Gen-10 turut ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM2,099

Apple turut menawarkan iPad generasi baharu iaitu iPad Gen-10 untuk pasaran tempatan. Melaluinya, hadir dengan cip A14 Bionic, rekaan yang lebih baik, bersama sokongan port jenis USB-C.


iPad Gen-10 dilengkapi dengan skrin bersaiz 10.9-inci Liquid Retina dengan kecerahan puncak 500 nits. Tampil dengan reka bentuk baharu dengan rekaan sisi yang mendatar bersama ciri keselamatan Touch ID di bahagian sisi. 


Dikuasakan dengan cip A14 Bionic dan tampil dengan sokongan port pengecasan jenis USB-C. Kamera tunggal 12MP di bahagian hadapan dan belakang. Turut menyokong sambungan Wi-Fi 6 dan rangkaian 5G untuk model selular.


Menjalankan sistem operasi iPadOS 16 seperti mana pada model iPad Pro. Selain itu, ia juga menyokong Apple Pencil Gen 1 dan juga papan kekunci Magic Keyboard Folio.


Di Malaysia, Apple iPad Gen-10 dijual pada tanda harga bermula RM2,099 dan ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Blue, Pink, Silver dan Yellow. Namun begitu, tarikh penjualan untuk pasaran Malaysia masih tidak diketahui. 

ARTIKEL BERKAITAN