Apple iPad Pro dengan cip M2 dijangka akan diperkenalkan dalam beberapa hari lagi - FUZZ.MY

Monday, October 17, 2022

Apple iPad Pro dengan cip M2 dijangka akan diperkenalkan dalam beberapa hari lagi


Desas-desus mengenai Apple iPad Pro baharu dengan cip M2 telah lama kedengaran. Terkini, terdapat laporan mengatakan Apple dijangka akan memperkenalkan iPad Pro baharu dengan cip Apple M2 dalam beberapa hari lagi.


Menurut Mark Gurman, kedua-dua versi iaitu iPad Pro 11-inci dan iPad Pro 12.9-inci akan dikuasakan dengan cip Apple M2. Yang mana cip Apple M2 buat masa ini telahpun digunakan pada komputer riba Apple yang terkini.



Untuk prestasi, cip Apple M2 dilaporkan mempunyai keupayaan prestasi yang lebih pantas dan penggunaan kuasa yang lebih efisien. Dari segi rekaan, iPad Pro baharu dijangka akan menggunakan rekaan yang sama seperti sebelumnya, tetapi akan hadir dengan paparan jenis mini LED.


 Selain itu, iPad Pro baharu dijangka akan hadir dengan pengecasan MagSafe dan berkemungkinan menyokong pengecasan tanpa wayar berbalik.


Walaubagaimanpun, tiada acara pelancaran akan dibuat oleh Apple untuk iPad Pro baharu, sebaliknya ia hanya diumumkan melalui siaran akhbar atau kemas kini di laman web rasmi Apple.


(Sumber)