Apple iPad Pro M2 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga mencecah RM11,649 - FUZZ.MY

Wednesday, October 19, 2022

Apple iPad Pro M2 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga mencecah RM11,649


Apple kini sedia menawarkan iPad Pro baharu iaitu iPad Pro 11-inci dan iPad Pro 12.9-inci untuk pasaran tempatan. Membawakan rekaan sama seperti model sebelumnya, namun dikuasakan dengan cip pemprosesan baharu M2.



iPad Pro M2 membawakan 8-teras CPU yang menawarkan peningkatan prestasi sehingga 15% lebih pantas berbanding cip M1. Untuk prestasi grafik pula, ia membawakan 10-teras GPU dan dipadankan dengan 16-teras Neural Engine yang menjanjikan peningkatan grafik sehingga 35%. 



Ditawarkan dalam dua pilihan iaitu iPad Pro 11-inci dan 12.9-inci Liquid Retina XDR yang turut menyokong paparan sehingga 120Hz dengan keupayaan sokongan input dari Apple Pencil.



Melengkapkan peranti ini, ia kini hadir dengan port jenis USB-C dengan Thunderbolt/USB4. Selain itu, ia turut menyokong Wi-Fi 6E di samping turut menawarkan sokongan rangkaian 5G. Menjalankan sistem operasi iPadOS 16 bersama beberapa ciri baharu seperti Stage Manager untuk keupayaan multi-tugas yang lebih baik, Reference Mode dan lain-lain.


Di Malaysia, iPad Pro 11-inci dijual pada tanda harga bermula RM3,899. Manakala iPad Pro 12.9-inci dijual pada tanda harga bermula RM5,399. Kedua-dua model ditawarkan dalam dua pilihan iaitu Wi-Fi dan juga Selular. Walaubagaimanapun, tarikh penjualan untuk pasaran Malaysia masih tidak diketahui.