Close

Apple iPhone 14 Plus kini boleh mula dibeli di Malaysia

Berita gembira buat pengguna iPhone di Malaysia, kini anda boleh mula membeli iPhone 14 Plus. Yang mana, sebelum ini tiga model dari empat model iPhone 14 iaitu iPhone 14, 14 Pro dan juga 14 Pro Max telah ditawarkan lebih awal iaitu pada 23 September 2022.



iPhone 14 Plus dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.7-inci. Menggunakan skrin jenis takuk yang turut menyokong teknologi skrin Super Retina XDR Display. Selain itu, ia juga hadir dengan pelindung skrin jenis Ceramic Shield. Dikuasakan dengan cip A15 Bionic. Namun, menawarkan peningkatan prestasi GPU sehingga 5 kali ganda.

Untuk fotografi, iPhone 14 Plus hadir dengan sistem dwi kamera dengan sensor baharu 12MP utama + 12MP ultra lebar. Yang mana Apple menjanjikan prestasi kamera yang lebih baik berbanding sensor sebelumnya. Manakala, untuk swafoto ia tampil dengan sensor sebesar 12MP.


iPhone 14 Plus merupakan pengganti kepada model mini, dijual pada tanda harga bermula RM4,699 untuk 128GB, RM5,199 untuk 256GB dan RM6,199 untuk 512GB. Boleh dibeli bermula hari ini melalui laman rasmi Apple dengan penghantaran akan bemula 17 Oktober ini.



(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN