Close

Apple menaikkan harga langganan untuk Apple Music, Apple TV+ dan Apple One

Apple mula meningkatkan harga langganan beberapa perkhidmatan mereka seperti Apple Music, Apple TV+ dan juga Apple One. Kenaikkan harga langganan bagi perkhidmatan tersebut bermula hari ini.

Secara keseluruhan, harga langganan baharu bagi perkhidmatan Apple meningkat dari RM4.71 ($1) hingga RM14.21 ($3). Harga langganan Apple One adalah yang paling banyak meningkat dengan RM14.21 ($3) untuk setiap pelan. Manakala Apple TV+ meningkat sebanyak RM9.48 ($2) dan Apple Music meningkat sehingga RM4.71 ($1) individu dan RM9.48 ($2) keluarga.
Menurut Apple, peningkatan harga langganan perkhidmatan mereka adalah disebabkan oleh kos perlesenan yang semakin meningkat dan bukannya disebabkan oleh kejatuhan matawang Ringgit.
Senarai penuh harga langganan baharu perkhidmatan Apple :
Apple Music
  • Individu: RM16.90
  • Keluarga: RM25.90
  • Pelajar : RM8.90
Apple TV+
  • Bulanan: RM29.90
Apple One
  • Individu: RM29.90
  • Keluarga: RM39.90
  • Premier: RM78.90

ARTIKEL BERKAITAN