Close

Apple umum tarikh pelepasan iPadOS 16 pada 24 Oktober ini


Seiring pelancaran generasi baharu iPad Pro dan iPad Gen-10, Apple turut mengumumkan tarikh pelepasan bagi kemas kini sistem operasi baharu iaitu iPadOS 16. 



Kemas kini bagi iPadOS 16 akan mula tersedia pada 24 Oktober ini secara serentak di seluruh dunia. Kemas kini iPadOS 16 akan menyokong semua model iPad Pro, iPad Air generasi ke-3 dan ke atas, iPad Generasi ke-5 dan ke atas serta iPad Mini 5 dan ke atas.



Antara ciri menarik yang dibawakan pada iPadOS 16 adalah seperti Stage Manager yang memfokuskan kepada keupayaan multi-tugas yang membolehkan pengguna mengatur aplikasi berbilang tertingkap serta menetapkan saiz tetingkap. Selain itu, fungsi ini membolehkan pengguna menukar aplikas dengan lebih mudah dan pantas berbanding sebelum ini.

Selain itu, terdapat beberapa fungsi lain yang hadir bersama pada iPadOS 16 seperti aplikasi Weather, iCloud Shared Photo Library, Reference Mode, keupayaan sokongan aplikasi setaraf desktop dan juga menyunting iMessage. Bagi pengguna iPad di Malaysia, anda boleh mengemas kini ke iPadOS 16 bermula 25 Oktober ini.

ARTIKEL BERKAITAN