Close

Apple Watch bantu kesan kanser pada kanak-kanak berusia 12 tahun

Apple Watch dihasilkan dengan pelbagai fungsi yang sangat berguna seperti mampu mengesan penyakit jantung melalui ECG dan juga mampu menyelamatkan nyawa melalui ciri Fall Detection.

Terkini, Apple Watch dikatakan berjaya mengesan kanser pada kanak-kanak 12 tahun. Ia bermula apabila Jesscica iaitu ibu kepada Imani menyedari Apple Watch berterusan memberikan pemberitahuan amaran berkenaan tekanan jantung yang tinggi dan tidak normal.

Di sebabkan itu, Jessica telah membawa anak ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan awal, doktor mendapati terdapat kesan tumor di bahagian appendix. Namun, selepas melalui pelabagai pemeriksaan, terdapat barah (cancer) telah merebak ke bahagian badan lain.

Menurut doktor, barah ini dikatakan jarang dilihat pada kanak-kanak. Untuk mengelakkan barah tersebut merebak lebih teruk, Imani telah menjalani pembedahan untuk membuang kanser tersebut. 

Penggunaan jam tangan pintar bukan sahaja dapat membantu untuk membina gaya hidup yang sihat. Malah mungkin dapat menyelamatkan nyawa penggunannya, Apple Watch telah membuktikan perkara tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN