Close

Apple Watch Series 7 dilaporkan meletup

Seorang pengguna Apple Watch Series 7 melaporkan peranti yang digunakannya telah meletup. Menurut beliau, peranti tersebut menjadi terlalu panas dan mula mengeluarkan asap seterusnya meletup.


Ia bermula apabila menyedari yang Apple Watch menjadi lebih panas dari kebiasaan, kemudian terdapat keretakkan di bahagian belakang dan WatchOS memaparkan amaran mengenai suhu yang melampau.

Sejurus itu, beliau menghubungi Apple Support dan menjelaskan situasi tersebut. Namun, tiada penyelesaian yang diberikan, selain disarankan untuk tidak menyentuh peranti tersebut sehingga mendapat maklum balas dari Apple.

Keadaan menjadi semakin teruk apabila peranti tersebut menjadi lebih panas, serta mengeluarkan asap seterusnya mengeluarkan bunyi “crack” sebelum ia meletup.

Laporan kedua di buat, pengguna dimaklumkan kes tersebut kini menjadikan keutamaan dan Apple telah mengatur pengambilan peranti tersebut untuk dibawa ke makmal ujian.

Selain itu, Apple dikatakan telah menghantar dokumen kepada pengguna untuk ditandatangan sebagai persetujuan tidak berkongsi kes tersebut kepada umum. Namun, pengguna tersebut enggan menandatangani persetujuan tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN