Close

Apple Watch Ultra dilaporkan mengalami masalah skrin


Apple Watch Ultra merupakan jam tangan premium yang memfokuskan kepada sukan atau aktiviti lasak. Mempunyai skrin yang lebih besar, jangka hayat bateri yang lebih lama dan ketahanan yang lebih baik berbanding model sebelumnnya.


Terkini, beberapa pengguna melaporkan yang Apple Watch Ultra mengalami masalah skrin yang dipanggil sebagai jelly scrolling. Masalah ini berlaku apabila separuh dari skrin memaparkan paparan lebih perlahan sementara separuh skrin lagi normal. Isu jelly scrolling ini menjadi lebih ketara apabila pengguna menatal skrin dengan lebih pantas.

Walaubagaimanapun, laporan mengenai masalah skrin pada Apple Watch Ultra adalah sangat rendah buat masa ini. Apple juga belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan balas mengenai masalah tersebut.

Isu jelly scrolling bukanlah pertama kali berlaku pada peranti Apple. Sebelum ini, iPad mini 6 turut dilaporkan menghadapi masalah yang sama dan ia lebih serius berbanding Apple Watch Ultra.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN