Close

Asus bakal tawarkan siri ROG Phone 6D dan ROG Phone 6 Batman Edition untuk pasaran tempatan


Siri Asus ROG Phone 6D dan ROG Phone 6D Ultimate merupakan model naik taraf kepada siri Asus ROG Phone 6. Membawakan beberapa perubahan dari segi spesifikasi seperti dijana oleh cip MediaTek 9000+. 



Kedua-dua model ini berkongsi spesifikasi yang sama, dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.78-inci AMOLED FHD+ bersama paparan 165Hz dan menyokong kandungan HDR10+. Dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 9000+,RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Menggunakan tetapan tri-kamera 50MP sudut lebar + 13MP ultra lebar + 5MP makro, dan 12MP untuk swafoto. Bateri 6000mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 65W.


Kedua-dua model ini hanya dibezakan dengan penawaran konfigurasi storan. Yang mana ROG Phone 6D hadir dengan storan 256GB, manakala ROG Phone 6D ultimate hadir dengan storan 512GB. Untuk konfigurasi RAM kedua-duanya hadir dengan 16GB RAM.


Selain itu, Asus turut akan membawakan Asus ROG Phone 6 Batman Edition untuk pasaran tempatan. Menariknya edisi khas ini ditawarkan dengan dua pilihan cip iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 dan MediaTek Dimensity 9000+. Yang mana, ia digabungnkan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Melengkapkan edisi ini, ia turut hadir dengan sejumlah ciri bertemakan Batman seperti gambar latar, animasi pengecasan, antaramuka dengan tema Batman dan lain-lain.


Menariknya, Asus telahpun menjadualkan acara pelancaran bagi siri ROG Phone 6D dan ROG Phone 6 Batman Edition untk pasaran tempatan yang akan berlangsung pada 8 November 2022. Walaubagaimanapun, maklumat mengenai harga jualan rasmi dan ketersediaan peranti ini masih lagi belum didedahkan. 

ARTIKEL BERKAITAN