Close

Asus Vivobook 16X kini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM2,999

Asus Malaysia kini sedia menawarkan Asus Vivobook X16 (M1603) 2022 untuk pasaran tempatan. Melaluinya ia hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikas dan reka bentuk yang lebih baik.

Asus Vivobook X16 dilengkapi dengan skrin bersaiz 16-inci NanoEdge dengan resolusi FHD+ 1900 x 1200 (WUXGA). Dijana dengan cip AMD Ryzen 5 5600H yang dipadankan dengan 8G RAM DDR4 dan storan dalam sehingga 512GB SSD PCIe 3.0.

 

Dari segi sambungan port, Vivobook 16X mempunyai 1x USB-C 3.2 Gen 1, 2x USB 3.2 Gen 1, 1x USB 2.0, HDMI dan juga bicu audio. Selain itu, Vivobook 16X turut menyokong sambungan WiFi 6 dan Bluetooth 5.2.

Papan kekunci pada Vivobook 16X adalah dari jenis ErgoSense bersaiz penuh yang membolehkan ia buka sehingga 180 darjah. Ia juga mempunyai Asus Antibacterial Guard dan hadir dengan sensor cap jari pada pad sentuh. 

Asus Vivobook 16X (M1603) 2022 dijual pada tanda harga RM2999, ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Quiet Blue dan Transparent Silver. Bagi yang berminat, Vivobook 16X kini tersedia untuk dibeli melalui laman web rasmi Asus.

ARTIKEL BERKAITAN