Close

Bapa kepada Jeffrey Dahmer pertimbangkan untuk saman Netflix – Ini sebabnya…

 

Kisah benar pembunuh bersiri yang diadapitasi menjadi drama bersiri di Netflix Dahmer-Monster: The Jeffrey Dahmer (2022), telah mendapat sambutan hangat dengan jumlah jam tontonan mencecah sehingga 496.1 juta jam selepas 12 hari ditayangkan.

 

 

Biarpun drama bersiri ini telah menjadi satu fenomena, dari sudut pandangan yang lain terdapat segelintir pihak mengkritik penghasilan drama bersiri ini yang didakwa memberi kesan kepada mangsa pembunuhan dan juga keluarga Lionel Dahmer.

 

Sehubungan dengan itu, Lionel Dahmer telah mempertimbangkan untuk menyaman Netflix berikutan beliau tidak pernah dihubungi atau diberitahu oleh Netflix berkenaan drama bersiri yang berkaitan dengan anaknya iaitu Jeffery Dahmer.

 

Selain itu, Netflix juga tidak pernah meminta kebenaran untuk menggunakan pita rakaman perbualan antara Jeffrey Dahmer dengan peguam bela yang digunakan dalam drama bersiri tersebut.

 

Pada tahun 1991, Lionel Dahmer telah menjadi tumpuan dunia selepas anaknya ditangkap kerana melakukan pembunuhan kejam yang melibatkan 17 kes pembunuhan di antara tahun 1978 dan 1991.

 

Tiga tahun selepas itu, Lionel Dahmer telah menerbitkan sebuah buku bertajuk “A Father’s Story,” yang menceritakan tentang Jeffery Dahmer dan bagaimana dia tidak tahu bahawa anaknya adalah seorang pembunuh sehinggalah dia ditangkap.

 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN