Close

BMW XM boleh di pra-tempah bermula 20 Oktober dengan harga jualan bermula 820K

BMW Malaysia hari ini mengumumkan tarikh pra-tempahan bagi BMW XM bermula pada 20 Oktober 2022 ini. BMW XM merupakan sebuah Sports Activity Vehicle (SAV) mewah yang berprestasi tinggi dengan keupaayan pacuan elektrik.



BMW XM merupakan model pertama yang didatangkan dengan sistem pacuan hibrid serba canggih yang digandingkan dengan teknologi khusus untuk memberikan pengalaman pemanduan yang dinamik. 



Dari segi reka bentuk, BMW XM membawakan gabungan rekaan dari model yang sebelumnya dengan karakter yang lebih menonjol dan juga lebih mewah. Di samping itu, model ini turut menawarkan prestasi yang setaraf dengan model BMW siri M.



Dikuasakan dengan enjin petrol S68 4.4 liter biturbo V8 dengan 489 PS dari 5,400 hingga 7,200 rpm dan 650 Nm tork dari 1,600 hingga 5,000 rpm. Digabungkan dengan motor elektrik dengan 197 PS/280 Nm untuk gabungan 803 Nm yang menghasilkan 653 PS.



Dengan kuasa sebegitu, BWM XM hanya memerlukan 4.3 saat sahaja dari 0-100 km/j, dan untuk kelajuan tertinggi, ia mampu mencapai sehingga 250 km/j atau 270 km/j dengan mod pemanduan M.



Untuk mod EV, BMW XM dilengkapi dengan bateri litium-ion 25.7 kWh yang boleh dicas semula melalui sambungan jenis 2 pada 7.4kW yang mampu mengecas dari 0 ke 100% dalam masa 4 jam 15 minit. Kelajuan maksimum pada mod EV adalah 140 km/j.



Bagi yang berminat, BWM XM boleh di pra-tempah bermula 20 Oktober 2022 ini, dengan harga jualan anggaran bermula 820K yang termasuk lima tahun jaminan lanjutan dan pakej perkhidmatan. 

ARTIKEL BERKAITAN