Close

Cip Google Tensor G2 menggunakan binaan 5nm bukannya 4nm seperti yang dilaporkan

Google telahpun melancarkan Google Pixel 7 dan Pixel 7 Pro pada acara yang berlangsung pada minggu lalu. Kedua-dua peranti ini menggunakan cip baharu iaitu Google Tensor G2 yang dikatakan lebih efisien dengan binaan 4nm.


Namun begitu, menurut wakil Google, cip Google Tensor G2 dikatakan masih menggunakan binaan 5nm dan bukannya 4nm seperti yang dilaporkan. Bermakna, ia masih menggunakan teknologi binaan yang sama seperti cip Google Tensor. 

Perbezaan ketara hanyalah pada kemampuan GPU yang mana cip Google Tensor G2 menggunakan ARM Mali G710 MP7 sementara cip Google Tensor menggunakan Mali G78 MP20.

Walaupun masih menggunakan binaan yang sama, cip Google Tensor G2 tetap hadir dengan sejumlah peningkatan yang lebih baik seperti kemampuan TPU generasi baharu yang membolehkan kecerdasan buatan di proses dengan lebih laju dari model sebelumnya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN