Close

Cip MediaTek Dimensity 9200 dijangka akan diumumkan pada November ini

MediaTek dilaporkan sudah bersedia untuk melancarkan cip premium mereka yang seterusnya iaitu Dimensity 9200. Yang mana, ia dikatakan 25% lebih baik daripada model sebelumnya.

Dimensity 9200 dilaporkan akan menggunakan Cortex-X3 ARM yang menjanjikan peningkatan prestasi sehingga 25%. Cip ini akan dipadankan dengan GPU baharu iaitu Immortalis G715 yang menawarkan peningkatan prestasi yang lebih baik pada cip pemprosesan.

Selain itu, cip ini dikatakan akan menggunakan binaan yang sama iaitu 4nm TSMC dan berkemungkinan akan menggunakan teras Cortex-A710 dan Cortex-A510 yang sama seperti model sebelumnya.

Dimensity 9200 dijangka akan diumumkan pada November ini. Akan mula digunakan pada Disember 2022, antara pengeluar yang terawal akan menggunakan cip ini adalah Oppo dan Vivo.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN