Close

Ciri “Edit Tweet” kini tersedia untuk pengguna Twitter Blue


Ciri Edit Tweet kini telahpun tersedia untuk pengguna Twitter Blue, yang mana ciri ini membolehkan pengguna untuk edit atau sunting pada Tweet yang dibuat.



Namun begitu, buat masa ini, ciri tersebut hanya tersedia untuk pelanggan Twitter Blue di Australia, New Zealand dan kanada. Sementara untuk pelanggan Amerika Syarikat ia akan tiba tidak lama lagi.



Ciri ini mempunyai tempoh masa iaitu 30 minit untuk di edit selepas Tweet dibuat dan hanya boleh di edit sebanyak lima kali sahaja. Tweet yang di edit, ia akan mempunyai ikon yang menunjukkan ia telah di edit. 


Dengan menekan pada ikon tersebut pengguna boleh melihat Tweet asal dan juga semua pengubahsuaian yang telah dibuat pada Tweet tersebut.


Memandangkan Twitter Blue tidak ditawarkan di Malaysia, ciri ini berkemungkinan tidak akan hadir untuk pengguna Malaysia. Jika sebaliknya, ia perlu dilanggan untuk menggunakan ciri ini.

ARTIKEL BERKAITAN