Close

Digi dan Celcom antara telco yang akan menawarkan rangkaian 5G pada bulan Oktober ini


Menjelang perlaksanaan rangkaian 5G di Malaysia yang diterajui oleh Digital Nasional Berhad (DNB). Empat syarikat telekomunikasi telahpun memeterai perjanjian pembelian saham yang membabitkan 65% pegangan ekuiti dalam DNB.


Melalui perjanjian tersebut, memperlihatkan YTL Communications Sdn Bhd (YES) dan Telekom Malaysia Bhd (TM) memegang 20% kepentingan, sementara Celcom Axiata Bhd dan Digi Telecommunications Sdn Bhd masing-masing memegang 12.5% kepentingan. Ia menjadikan jumlah keseluruhan pegangan adalah 65%.


Manakala baki pegangan sebanyak 35% akan dipegang oleh kerajaan yang merupakan pemegang saham khas.


Dengan selesainya perjanjian pembelian saham DNB, tiga syarikat telekomunikasi iaitu Digi, TM dan Celcom dijangka akan mula memperkenalkan perkhidmatan 5G mereka kepada pengguna bermula Oktober 2022. Yang mana, pada ketika ini, hanya YES sahaja syarikat telekomunikasi yang telah menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN