Close

Elon Musk beli Twitter dengan harga $44 billion

Elon Musk secara rasminya telah membeli Twitter dengan nilai sekitar $44 billion, iaitu jumlah awal yang telah dipersetujui sebelum ini.

Selesa lalu, Elon Musk telah memberitahu Twitter melalui surat untuk meneruskan perjanjian pembelian syarikat tersebut. 
Dan Semalam, Elon Musk telah melawat ibu pejabat Twitter sekaligus memuktamadkan pembelian. Elon Musk selepas itu telah menukar akaun rasmi beliau kepada “Chief Twit”.
Sebelum ini, pembelian Twitter menemui jalan buntu selepas syarikat tersebut tidak dapat mengesahkan jumlah pengguna sebenar dan berlaku perbalahan di antara kakitangan Twitter dan juga Elon Musk.
Dengan pemilikan ini, Elon Musk dijangka akan menjadikan Twitter sebagai “Super-Apps” seperti mana aplikasi WeChat.

ARTIKEL BERKAITAN