Close

Elon Musk : Siapkan ciri ‘pengesahan’ Twitter berbayar $20 pada 7 November atau dipecat

Seperti yang kita tahu, Twitter kini diterajui oleh Elon Musk selepas membelinya dengan nilai $44 billion.

Dengan pemilikan itu, Elon Musk telah mengarahkan pasukan projek untuk melancarkan ciri pengesahan pada 7 November ini atau mereka akan dipecat. Ciri ini akan diperkenalkan melalui langganan dengan harga RM94.56 ($20) sebulan.

Bagi pengguna yang sudah mempunyai ciri pengesahan dan ingin mengekalkan ciri tersebut, pengguna perlu melanggan atau bakal kehilangan ciri tersebut dalam tempoh masa 90 hari.

 

Sebelum ini, Twitter hadir dengan langganan Twitter Blue dengan ciri seperti boleh menyunting Tweet yang telah dibuat, tiada iklan pada artikel, ubah suai antaramuka, akses awal pada ciri baharu dan sebagainya.

Dengan pengenalan pelan langganan baharu ini memperlihatkan bahawa Elon Musk ingin menjadikan ia sebagai salah satu sumber pendapatan bagi syarikat tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN