Melalui ciri ini, pengguna boleh meninggalkan group secara senyap tanpa sebarang pemberitahuan. Hanya barisan pentadbir atau admin sahaja yang akan menerima pemberitahuan mengenai perkara tersebut.
Sebelum ini, jika terdapat ahli yang keluar dari group, WhatsApp akan memaparkan pemberitahuan. Bermakna, kesemua ahli group mengetahui perkara tersebut.
Fungsi ini diihat akan memberikan sedikit keselesaan kepada pengguna yang ingin meninggalkan group tanpa meninggalkan sebarang spekulasi yang tidak di ingini.