Close

Fungsi reaksi pada status kini tersedia untuk semua pengguna WhatsApp

WhatsApp ketika ini sedang aktif dalam membawakan pelbagai fungsi pada aplikasi mereka. Sehubungan dengan itu, WhatsApp telah membawakan satu lagi fungsi baharu iaitu fungsi yang membolehkan pengguna memberi reaksi terhadap status yang dimuat naik oleh pengguna lain.

Secara asasnya fungsi ini adalah mirip seperti mana pada Instagram, yang membolehkan pengguna memberi reaksi pada stories. Tetapi, pada WhatsApp ia mempunyai lebih banyak pilihan reaksi berbanding Instagram.

Menariknya, fungsi ini telahpun tersedia untuk semua pengguna WhatsApp sama ada pada Android ataupun iOS. Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna perlu mengemas kini aplikasi WhatsApp kepada yang terkini melalui Play Store atau App Store.


Kami sendiri telah mencuba fungsi ini, apa yang boleh dikatakan fungsi ini agak berguna untuk memberikan reaksi yang lebih cepat tanpa perlu menaip.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN