Close

Garmin Venu Sq 2 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM1,230

Garmin kini sedia menawarkan peranti boleh-pakai baharu mereka iaitu Venu Sq 2 untuk pasaran Malaysia. Membawakan beberapa peningkatan dari segi spesifikasi dan keupayaannya dari model sebelumnya.


Venu Sq 2 hadir dengan skrin jenis AMOLED bersaiz 1.4-inci. Membawakan rekaan berbentuk petak dan hadir dengan pelbagai ciri penjejakan kesihatan asas seperti GPS, pengimbas nadi, pemantauan kesihatan, penjejak kitaran haid dan lain-lain.

Dari segi ketahanan bateri, Venu Sq 2 dilaporkan mampu bertahan sehingga 12 hari untuk sekali pengecasan. Ciri lain yang turut hadir pada Venu Sq 2 adalah seperti Garmin Pay, 25 mod sukan terbina dan lain-lain.

Garmin Venu Sq 2 ditawarkan dalam dua pilihan iaitu versi biasa dan juga versi muzik. Untuk versi muzik, ia mampu menyimpan sehingga 500 lagu dan dijual pada tanda harga RM1,480. Sementara untuk versi biasa ia dijual pada tanda harga RM1,230. Bagi yang berminat, ia kini tersedia untuk dibeli melalui kedai atas talian di Shopee.

ARTIKEL BERKAITAN