Close

Golongan M40, Belia dan Pelajar bakal menerima kredit dompet digital yang bernilai RM200

Pembentangan Belanjawan 2023 yang berlangsung hari ini, menyaksikan kerajaan telah mengumumkan insiatif kepada golongan M40, Belia dan juga Pelajar yang berupaya kredit melalui dompet digital.

Sumber : RTM
Melalui inisiatf tersebut, golongan M40 akan menerima kredit dompet digital bernilai RM100, sementara golongan belia dan pelajar menerima kredit dompet digital sebanyak RM200. Kredit tersebut akan ditawarkan melalui dompet digital seperti GrabPay, ShopeePay, BigPay dan Touch n Go eWallet.
Inisiatif ini juga di lihat sebagai salah satu cara untuk mengalakkan penggunaan dompe digital untuk ke arah gaya hidup tanpa tunai.
Proses pemberian inisiatif dijangka akan dilaksanakan pada awal atau pertengahan 2023. 

ARTIKEL BERKAITAN