Close

Google Pixel 7 Pro dilaporkan menghadapi masalah cepat panas pada rakaman video

Google Pixel 7 Pro baharu sahaja dinobatkan sebagai juara kamera mengalahkan iPhone 14 Pro dalam ujian yang dilakukan oleh DXOmark. Namun begitu, terdapat laporan mengatakan yang peranti tersebut menghadapi masalah pada kamera.



Beberapa pengguna di Malaysia, melaporkan yang Google Pixel 7 Pro menghadapi masalah cepat panas ketika merakam video. Masalah tersebut dikatakan berlaku apabila cuba merakam video pada resolusi 4K 60fps. Lebih mengejutkan adalah, masalah tersebut berlaku hanya selepas 2 minit rakaman video dibuat.


Walaubagaimanapun, masalah tersebut tidak berlaku jika merakam video dengan resolusi yang lebih rendah seperti 1080p 60fps.


Buat masa ini, tidak dapat dipastikan adakah masalah tersebut datang dari masalah pepijat atau perkakasan. Namun, jika diperhatikan masalah tersebut dilihat datang dari pepijat.

Masalah ini mungkin boleh diselesaikan melalui kemas kini. Tetapi tidak menolak jika ia disebabkan dari masalah perkakasan.

Google buat masa ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai masalah tersebut. Masalah ini dilihat agak merisaukan, lagi-lagi ia terjadi pada peranti dengan tanda harga mencecah RM5,000.

ARTIKEL BERKAITAN