Google Pixel 7 Pro baru sahaja dilancarkan pada minggu lalu, dan seperti biasa DxOmark akan menilai kemampuan kamera dan akan memberikan skor berdasarkan kepada beberapa ujian yang dilakukan.
Menurut DXOmark, Google Pixel 7 Pro membawakan peningkatan kamera yang ketara berbanding Google Pixel 6 Pro. Keupayaan fokus dan pemproses imej pada Google Pixel 7 Pro adalah lebih baik dan lebih pantas. Imej yang dihasilkan juga adalah sangat baik dengan warna yang dihasilkan sangat tepat termasuk warna tona kulit dan warna kontras yang semula jadi.
Dari segi rakaman video, pada keadaan cahaya rendah Google Pixel 7 Pro dilihat menghadapi beberapa masalah seperti keperincian tidak dapat dikekalkan dan juga masalah fokus apabila merakam pada jarak yang lebih dekat.