Terkini, pembangun Kuba Wojciechowscki telah berkongsi maklumat baharu mengenai spesifikasi Google Pixel Fold, Menurut beliau, Google Pixel Fold akan menggunakan kod nama "Felix", hadir dengan dwi-skrin daripada Samsung.
![]() |
Sumber : LetsGoDigital |
Skrin dalaman dijangka akan menggunakan skrin bersaiz 7.83-inci dengan resolusi 1840 x 2208, ia juga dilaporkan akan menyokong paparan sehingga 120Hz dengan kecerahan puncak sehingga 1200nits.
![]() |
Sumber : LetsGoDigital |
Sebelum ini, terdapat laporan yang Google akan melancarkan Google Pixel Fold pada suku keempat tahun 2022. Kemudian, terdapat laporan lain menyatakan yang Google tidak merancang untuk melancarkan Google Pixel Fold dan membatalkan pesanan dengan pembekal untuk Google Pixel Fold.