Close

Google Pixel Watch kini rasmi dengan harga mencecah RM1,890

Google akhirnya melancarkan jam tangan pintar pertama mereka. Hadir dengan rekaan bulat dan tampil dalam dua varian iaitu LTE dan juga Wi-Fi.

Google Pixel Watch dilengkapi dengan skrin bersaiz 1.6-inci OLED dengan pelindung kaca Gorilla Glass 5 3D. Hadir dalam satu pilihan saiz iaitu 41mm, menggunakan kemasan aluminium bersama dua butang navigasi fizikal yang terletak disebelah kanan.

Dijana dengan cip Exynos 9110, yang dipadankan dengan 2GB RAM dan bateri sebesar 294mAh. Untuk jangka hayat bateri, Google mendakwa ia mampu bertahan sehinggga 24 jam dengan sekali pengecasan.

Seperti jam tangan pintar lain, Google Pixel Watch turut hadir dengan ciri penjejakan seperti pengimbas nadi, penjejakan tidur dan juga ECG. Dari segi ketahanan, ia hadir dengan ciri penarafan kalis air sehingga 5 ATM. Peranti ini turut di integrasikan dengan sistem Fitbit untuk bacaan yang lebih tepat.

Google Pixel Watch dijual pada tanda harga RM1,720 ($350)  untuk versi Wi-Fi dan RM1,860 ($400) untuk versi LTE. Ditawarkan dalam tiga pilihan kemasan iaitu Silver/Chalk, Black/Obsidian, dan Gold/Hazel. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN