Close

Harga langganan YouTube Premium naik sebanyak 25%

YouTube bakal menaikkan harga langganan YouTube Premium Family sebanyak 25% menjadikan harga langganan terbaru adalah $29.99 sebulan, sebelum ini adalah $17.99 sebulan.

Walaubagaimanapun, kenaikkan harga langganan buat masa ini hanya terkesan di beberapa negara sahaja seperti Kanada, United Kingdom, Amerika Syarikat, Argentina, Jepun dan Turki.

Kenaikkan harga langganan hanya dikenakan kepada YouTube Premium Family, sementara untuk langganan Individu masih ditawarkan dengan harga yang sama. Hanya di Argentina, kedua-dua harga langganan di naikkan.

Google pada ketika ini tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai kenaikkan harga langganan. YouTube Premium mula diperkenalkan pada 2018, dan ini adalah pertama kali harga langganan terdapat kenaikkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN