Warna Icelandic Frost dihasilkan dari campuran dua warna iaitu merah jambu dan biru. Campuran warna tersebut memberikan kesan menarik dan mampu berubah mengikut sudut pandangan tertentu. Dari segi spesifikasi, tiada sebarang perubahan yang dilakukan, sama seperti model yang dilancarkan sebelum ini.
Untuk kad Touch 'n Go edisi khas, ia hadir dengan kemasan warna gradien biru bersama ciri NFC. Selain itu, terdapat juga perkataan "HONOR" pada kad tersebut.
Pengumuman lebih lanjut mengenai ketersediaan dan juga penawaran harga bagi Honor 70 5G Icelandic Frost dan juga kad Touch 'n Go edisi khas akan di buat pada 25 Oktober ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman tersebut.