Close

Honor 70 5G Icelandic Frost kini ditawarkan dengan harga RM1,999 bersama Kad Touch ‘n Go (NFC) edisi terhad


Honor 70 5G telahpun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Tempatan. Melaluinya, ia hadir dengan beberapa peningkatan dari segi spesifikasi seperti dijana cip Snapdragon 778G+ dan menyokong rangkaian 5G. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Emerald Green, Midnight Black dan Crystal Silver.

Honor kini sedia menawarkan satu lagi pilihan warna baharu iaitu Icelandic Frost menjadikan Honor 70 5G kini mempunyai empat pilihan warna. Pilihan warna baharu ini dihasilkan dari campuran dua warna iaitu merah jambu dan biru. Campuran warna tersebut memberikan kesan menarik dan mampu berubah mengikut sudut pandangan tertentu. 



Bagi yang berminat, Honor 70 5G Icelandic Frost boleh dibeli menerusi kedai atas talian dan semua pengedar rasmi Honor Malaysia bermula 28 Oktober 2022 dengan harga RM1,999. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma berupa jaminan waranti tambahan setahun, Honor Band 6 seunit dan juga Kad Touch ‘n Go (NFC) edisi terhad.



Sebagai tambahan, Kad Touch ‘n Go edisi terhad ini juga hadir dengan kemasan warna gradien biru dan merah jambu sama seperti Honor 70 5G Icelandic Frost . Selain itu, terdapat juga perkataan “HONOR” pada kad tersebut. Kad ini juga merupakan kerjasama pertama di antara Honor Malaysia dan Touch n’ Go.

ARTIKEL BERKAITAN