Close

Honor menjadualkan acara pelancaran Honor X40 GT pada 13 Oktober ini

Honor sedia menawarkan kemas kini model Honor X40 dengan menjadualkan acara pelancaran Honor X40 GT yang akan berlangsung pada 13 Oktober ini. Peranti ini memfokuskan kepada permainan mudah alih yang digabungkan dengan pelbagai ciri permainan.

Sumber : Weibo

Honor X40 GT dijangka akan hadir dengan skrin bersaiz 6.67-inci AMOLED dengan paparan 120Hz. Ia  turut menyokong touch sampling rate pada 480Hz yang dipadankan dengan cip Snapdragon 888.

Selain itu, Honor X40 GT dilaporkan akan hadir dengan sistem penyejuk terbaru dengan 13 lapisan berbeza bagi menjamin prestasi sentiasa dalam paras yang optimum.

Selain dari spesifikasi, turut dikongsi adalah berkenaan reka bentuknya. Tampil dengan warna hitam dan hijau bersama penjenamaan GT pada modul kamera yang berbentuk bulat dengan tetapan tri-kamera. Untuk skrin hadapan, ia menggunakan skrin jenis rata dengan kamera jenis punch hole yang terletak di tengah.

                                                      

Menjelang hari pelancarannya yang akan berlangsung pada 13 Oktober ini. Spesifikasi penuh Honor X40 GT akan diperlihatkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN