Close

Honor Play 40 Plus kini rasmi – Dimensity 700, kamera 50MP dan bateri 6000mAh

Honor memperkenalkan barisan baharu di bawah siri Honor Play iaitu Honor Play 40 Plus. Merupakan peranti kelas pertengahan yang dijana dengan cip MediaTek Dimensity 700 bersama bateri 6000mAh.

Peranti ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.74-inci IPS LCD 90Hz dengan resolusi HD+. Dikuasakan dengan cip Dimensity 700 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri 6000mAh dimuatkan bersama pengecasan pantsa 22.5W.


Untuk fotografi, ia hadir dengan sistem dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP, manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 5MP. Ciri lain yang turut dibawakan adalah seperti port pengecasan jenis USB-C, rangkaian 5G, pengimbas cap jari di sisi dan lain-lain.

Untuk harga jualan, Honor Play 40 Plus dijual pada tanda harga RM783 (RMB1199) untuk 6GB+128GB, RM914 (RMB1399) untuk 8GB+128BG dan RM1,045 (RMB1599) untuk 8GB+256GB. Ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Purple, Silver, Black dan Blue.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN